Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan Di Nigeria

Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Sumber : Harian Metro

 

More Articles :

  1. Makhluk Lain Tumpang Solat
  2. Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani
  3. Bayi Ajaib Dilahirkan Tanpa Darah
  4. Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan Di Nigeria
  5. Budak 6 Tahun Makan 2Kg Beras Setiap Hari
  6. Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
  7. Jurulatih Fitness Sengaja Gemukkan Badan
  8. Kuliah… Oh Kuliah…
  9. Pengalaman Memandu Dari KK Ke Tawau
  10. Perbezaan Orang Dan Orang Utan
  11. Saya Takkan Ampunkan Isteri Saya
  12. Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s