Pengalaman Memandu Dari KK ke Tawau

Akhirnya selamat tiba di Tawau pada jam 4.25 pagi. Mula bertolak pada jam 5 petang dari UMS KK. Ketika itu kuliah belum lagi berakhir. Namun terpaksa nekad untuk kembali segera ke daerah halaman walaupun terpaksa memandu seorang diri. Perjalanan memakan masa hampir 12 jam sebab terlelap hampir 2 jam di Batu 32.

Semasa berada di Jalan Tamparuli, Nabawan dan Kundasang, berlaku kesesakan yang teruk. Sebabnya, terlalu banyak lori bermuatan yang melalui jalan tersebut. Yang bikin bengang tu, kadang-kadang sehingga hampir 20 minit kereta terpaksa mengekori lori dari belakang. Punyalah boring… Mengantuk memang tak terkata dah, cuma terpaksa digagahkan mata ni dengan harapan dapat memandu sehingga ke Batu 32 dan tidur sekejap sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Tawau.
Jalan Telupid-Nabawan pada waktu siang. Picture taken from google image
Semasa melalui jalan Telupid dan Nabawan, mata kembali segar. Bukan sebab jalan tersebut elok, tetapi jalannya sangat teruk. terlalu banyak jalan yang berlubang dan rosak teruk. Risau jugak kalau-kalau kereta mengalami kerosakan. Entahlah sampai bila jalan tersebut akan dibaik pulih. Tak berbaloi kita bayar cukai jalan kalau beginilah jalan yang terpaksa kita lalui. Kalau saya takpa jugak sebab hanya sekali sekala melalui jalan tersebut. Cuma rasa kasihan pada penduduk sekitar kawasan Telupid-Nabawan yang menggunakan jalan tersebut hampir setiap hari. Alamat kereta memang kena servis selalu.
Tiba di Batu 32, kereta parking depan restoran, enjin dimatikan dan terus tidur dalam kereta. Ingat mahu lelapkan mata untuk setengah jam, rupanya terlelap hampir 2 jam. Itupun terbangun sebab mama call. Bangun jak, terus masuk restoran dan pekena bakso dan tongkat ali. Supaya ummpphh sikit. Hehe.
Jalan Kinabatangan tidak seteruk jalan Telupi-Nabawan. Jam di kereta menunjukkan tepat pukul 12.25 malam. Keadaan jalan memang sunyi. Hanya sekali sekala bertemu kereta lain dari arah bertentangan. Kadang-kadang dalam 15 minit, tiada satu pun kereta yang melalui jalan tersebut. Dalam fikiran saya, “kenapalah saya drive seorang diri pada waktu macam ni”. Berlaku satu kejadian pelik. Sebuah kereta proton saga lama memotong kereta saya dengan lajunya di jalan yang lurus. Tiba-tiba kereta tersebut terus hilang dari pandangan saya. Sedangkan jalan tersebut jalan yang lurus. Ataupun mata saya ni yang dah kabur. Memang pelik.
Tiba di Lahad Datu. Singgah isi minyak dan teruskan perjalanan. Jam menunjukkan pukul 2.22 pagi. Jalan menuju ke Kunak berliku-liku. Lebih kurang sama dengan jalan Ranau. Terlalu banyak papan tanda amaran di tepi jalan seperti “Berhati-hati. Jalan Licin” dan “Awas. Kawasan Kemalangan”. Kejadian pelik berlaku lagi. 3 kali saya merasakan kereta seolah-olah berat sedangkan jalan ketika itu rata. Buat tak tau jak la…
Tiba di rumah, katil seolah-olah melambai-lambai mengucapkan “have a sweet dream”.
p/s: sebenarnya ada satu lagi kejadian yg paling mengerikan… takpa, make it secret…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s