Tazkirah 6 : Siapa Wanita Solehah

Hidup memang sibuk. Apa salahnya jika sekali-sekala isi kesibukan itu dengan membaca tazkirah ini.

**********************************************************************************************************************

Wanita/isteri solehah merupakan impian setiap lelaki. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW.

  • Wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh.
  • Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Berikut merupakan ciri-ciri wanita yang solehah :

  1. Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.
  2. Sabar dalam menempuh ujian (kesusahan) dari Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintah-Nya.
  3. Sentiasa menghalusi hati dan perbuatannya walau di mana ia berada.
  4. Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluargnya kepada kebaikan dan keredhaan Allah.
  5. Hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia.
  6. Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengannya oleh Allah.
  7. Menghormati suami, ibubapa serta keluarga suami.
  8. Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami samada waktu susah atau senang.
  9. Mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidk bercanggah dengan syariat.
  10. Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami tidak ada.
  11. Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan suami dunia dan akhirat.
  12. Tidak sekali-kali menunjuk muka masam atau berlaku kasar terhadap suami.
  13. Sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan berwangi-wangian ketika suami berada dalam rumah.
  14. Tidak keluar rumah tanpa izin suami walaupun untuk berjumpa dengan ibubapa sendiri.
  15. Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau kesalahan.

More Articles :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s