Tazkirah 1 : 73 Golongan Umat Nabi Muhammad SAW

Hidup memang sibuk. Apa salahnya jika sekali-sekala isi kesibukan itu dengan membaca tazkirah ini.

**********************************************************************************************************************

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, “Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para sahabat: “Siapakah (yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ahlussunnah wal Jamaah.”
Mu’awiyah Ibnu Abu Sofyan meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani) dalam masalah agamanya terbahagi menjadi 72 golongan dan dari umat ini (Islam) akan terbahagi menjadi 73 golongan, seluruhnya masuk neraka, satu golongan yang akan masuk surga, mereka itu Al-Jama’ah, Al-Jama’ah. Dan akan ada dari umatku yang mengikuti hawa nafsunya seperti anjing mengikuti tuannya, sehingga hawa nafsunya itu tidak meinggalkan anggota tubuh, daging, pembuluh darah, mahupun tulang kecuali semua mengikuti hawa nafsunya. Wahai orang Arab! Jika kamu tidak bangkit dan mengikuti apa yang dibawa Nabimu…” Hadis riwayat Imam Ahmad.

More Articles :

Leave a comment